Tahanan Palestin di penjara Israel adakan mogok lapar
Iklan
RAMALLAH - Lebih 4,500 tahanan Palestin di penjara Israel akan mengadakan mogok lapar minggu ini dan enggan hadir sesi 'pemeriksaan keselamatan' bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara.
Menurut Agensi Berita Jordan (Petra), Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mogok lapar akan diadakan pada Isnin dan Rabu secara berperingkat bagi tempoh dua minggu akan datang, sebelum melibatkan semua tahanan Palestin.