Laungan 'Hidup Bossku' bergema di mahkamah

Iklan
Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.

PUTRAJAYA -"Hidup Bossku", itu antara teriakan lebih 200 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian luar Istana Kehakiman Putrajaya di sini pada Selasa.

Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Individu yang mahu dikenali sebagai Rahman,40, berkata, dirinya datang dari Klang semata-mata mahu menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Saya berharap beliau dapat diadili dengan seadilnya, jauh di lubuk hati saya, sedih apabila beliau terpaksa menghadapi semua ini," katanya.

Iklan
Penyokong Najib dipercayai berkumpul di luar kawasan Istana Kehakiman di sini seawal jam 7 pagi.

Hujan renyai-renyai mula membasahi sekitar kawasan Istana Kehakiman ini namun penyokong Najib dilihat tidak berganjak.

Awal pagi Selasa, sebanyak 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Iklan

Malah kenderaan Najib turut dikeremuni oleh ratusan penyokongnya sebagai tanda sokongan kepada beliau.