Raja Muda Perlis rasmi Richiamo Coffee ke-88

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kanan) ketika mencemar duli bagi merasmikan Richiamo Coffee Ke-88 di UniMAP, Arau pada Ahad.

SHAH ALAM - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli bagi merasmikan Richiamo Coffee ke-88 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di Arau pada Ahad.

Program perasmian itu turut diadakan sekali dengan Kayuhan Peduli MAIPs ke-56 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) bagi mendekati golongan asnaf.

Iklan
Iklan

Acara kayuhan tersebut disertai oleh ketua jabatan kerajaan dan swasta di negeri Perlis.

Hadir sama ialah Naib Canselor UniMAP, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli dan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd, Muhammad Zamry Abu Samah.

Iklan

Pada majlis itu, Richiamo Coffee Sdn Bhd turut menyampaikan sebahagian daripada pembayaran zakat perniagaan kepada UniMAP berjumlah RM66,666.66.

Kafe yang terletak berhampiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik, UniMAP itu beroperasi sejak Disember lalu merupakan cawangan ke-88 kafe Richiamo.

Iklan