JBPM diarah bersedia, pindah mangsa: Reezal Merican
Iklan
SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk bersiap sedia bagi menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di kawasan dinaiki air susulan hujan lebat pada petang Sabtu.
"Mendapat laporan beberapa kawasan mula dinaiki air susulan hujan lebat petang ini. Saya sudah arahkan pasukan @bombaJBPM bersiap sedia untuk operasi menyelamat dan pemindahan mangsa ke kawasan selamat,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.