Ada batas pakaian pelancong : Exco
Iklan
Ariffin
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Walaupun masih di peringkat perbincangan, kerajaan negeri Terengganu ada menggariskan beberapa panduan pakaian terhadap pelancong ke lokasi pelancongan terutama di kawasan peranginan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, garis panduan sedia ada sebagai rujukan dan tidak dipamerkan kepada umum.
Iklan
Iklan
"Isu ini melibatkan perkara yang agak sensitif bagi sesetengah pelancong, kalau kita kata tak boleh berbikini, tiada langsung pelancong yang datang ke pulau-pulau dan kawasan peranginan di Terengganu.
"Jadi, apa yang boleh kita lakukan buat masa ini ialah menerapkan etika pemakaian secara perlahan-lahan dan memberi nasihat supaya tidak berpakaian begitu terbuka di kawasan awam.
Iklan
"Ada juga pengusaha resort dan chalet sendiri yang menasihati pelancong supaya tidak berpakaian begitu terdedah dan agak 'luar biasa', namun dilakukan secara berhemah,” katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Katanya, setakat ini, garis panduan berhubung etika pemakaian bagi pelancong tidak dipamerkan kepada umum bagi menjaga sensitiviti semua pihak.
Iklan
"Undang-undang dalam pemakaian ini semua orang tahu dan tidak perlu dipamerkan kepada umum, kita ada PBT yang akan pantau, namun kita tak buat penguatkuasaan bagi menjaga hubungan bersama mereka.
"Selain aspek pelancongan, kita juga ada garis panduan dalam persembahan. Kita ada buat tapi tak disiar kepada umum kerana bimbang dieksploitasi,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri terbuka menerima kunjungan pelbagai latar belakang agama dan budaya yang berkunjung ke negeri ini.
"Terengganu sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan mereka yang datang dengan pelbagai budaya, namun, kita ada garis panduan kita sendiri.
"Ada etika, tetapi tidaklah terlalu ‘rigid’. Kita ada peraturan dan garis panduan dan ada kaedah, misalnya, kalau mahu berpakaian terbuka, tidak boleh dilakukan di khalayak umum,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal