Maritim Kuala Kedah rampas 65 set bubu naga

Iklan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas bubu naga dalam Op Aman sekitar perairan Yan dan Kuala Kedah sejak Rabu lepas. Foto: Ihsan Maritim Kedah

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 65 set bubu kambang atau bubu naga dalam Op Aman sekitar perairan Yan dan Kuala Kedah sejak Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, rampasan pertama melibatkan 37 unit bubu naga dilakukan di kedudukan 4.4 batu nautika barat muara Kuala Kedah pada 17 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rampasan kedua pula membabitkan 28 unit bubu naga dilakukan di dua lokasi berasingan sekitar perairan Singkir Laut dan Pulau Bunting, Yan pada Jumaat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Noor Azreyanti menjelaskan operasi pemantauan diadakan secara berkala berikutan aduan awam diterima memandangkan penggunaan bubu naga masih menjadi pilihan segelintir komuniti nelayan di lokasi terbabit.

Beliau berkata, kawasan perairan Singkir Laut dan Pulau Bunting, Yan merupakan antara lokasi hotspot aduan berkaitan bubu naga setakat ini.

Iklan

Zon Maritim Kuala Kedah juga mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.