Gajah liar serang Orang Asli Sungai Siput
Iklan
BERITA SEMASA 19 OGOS 2022
Lebih 140 masyarakat Orang Asli hidup dalam ketakutan apabila perkampungan mereka di Satut, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak diserang gajah liar, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.
Kejadian sekitar jam 1.30 pagi itu menyebabkan empat rumah rosak manakala tanaman pisang musnah akibat serangan gajah yang menceroboh untuk mencari makanan.
Tinjauan mendapati kemusnahan itu melibatkan struktur rumah terutama bahagian dapur dengan beberapa perkakas rosak selain makanan seperti beras bertaburan di tanah.
Iklan
Artikel: https://bit.ly/3SZhz2U
Muzik: www.bensound.com
Iklan
#SinarHarian #BeritaSemasa