KUALA LUMPUR ‐ Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berhubung integriti beliau sebagai pengerusi panel rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan, laporan tersebut dibuat bekas Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman di Balai Polis Presint 7, Putrajaya di sini sekitar jam 9.30 pagi pada Khamis.