MPOCC tidak lantik khidmat rundingan kepada peniaga sawit
Iklan
Tangkap layar siaran akhbar dikeluarkan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK)
SHAH ALAM - Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) tidak pernah melantik perunding, syarikat atau wakil untuk menyediakan perkhidmatan rundingan kepada peniaga sawit.
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataan pada Rabu berkata, pada masa ini semua Badan Pensijilan Bertauliah (ACB) sedang melalui proses akreditasi dengan Jabatan Standard Malaysia.
Iklan
Iklan
"Ini demi memastikan Badan Pensijilan menjalankan audit Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara cekap, dipercayai dan konsisten.
"Sila rujuk laman web MPOCC untuk senarai ACB bagi permohonan MSPO MS2530:2022,” menurut kenyataan itu, pada Rabu.
Iklan
Dalam pada itu, KPPK berkata, piawaian Pensijilan MSPO versi MS2530 2013 disemak semula dan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac lepas sebagai MS2530:2022.
"Piawaian MS2530:2022 kini ditambah baik dengan penambahan bahagian baharu iaitu Bahagian 4.2 untuk Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Bahagian 4.3 untuk Sektor Perniagaan Sawit.
Iklan
"Bagaimanapun, pelaksanaan pensijilan MSPO belum lagi dimandatorikan untuk Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Sektor Perniagaan Sawit.
"Namun fasiliti pemprosesan minyak sawit dan sektor perniagaan sawit boleh mendapatkan pensijilan MSPO secara sukarela di bawah MS2530:2022 iaitu Bahagian 4.2 dan 4.3 sehingga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelaksanaan mandatori bagi bahagian-bahagian tersebut,” kata kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>