FIFA gantung Persekutuan Bola Sepak India
Iklan
KEAHLIAN Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) digantung berkuat kuasa serta-merta kerana 'pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga', umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin, lapor Xinhua.
"Penggantungan itu akan ditarik balik sebaik sahaja perintah menubuhkan jawatankuasa pentadbir untuk mengambil alih kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF dimansuhkan dan pentadbiran AIFF kembali mengawal sepenuhnya urusan harian pertubuhan itu," kata FIFA dalam satu kenyataan.