5 bilion manusia mati jika berlaku perang nuklear AS-Rusia

Iklan
Peledak nuklear meletup di bawah laut selepas ditembak dari sebuah kapal tentera laut AS di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. - Foto US Navy

WASHINGTON - Seramai lima bilion manusia akan mati jika berlaku perang nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, kata satu kajian terbaharu.

Kajian terbaharu itu dilakukan oleh Universiti Rutgers, AS dan merupakan penyelidikan pertama dilakukan berhubung kesannya di dunia.

Iklan
Iklan

Menurut kajian itu, manusia akan mati akibat kebuluran dan kelaparan selepas perang nuklear tersebut berlaku.

Letupan senjata nuklear akan menyebabkan kebakaran besar-besaran dan menyuntik jelaga ke atmosfera, menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan dan mengehadkan pengeluaran makanan yang membawa kepada kematian, kata kajian itu seperti dilaporkan akhbar USA Today pada Isnin.

Iklan

"Data memberitahu kami satu perkara. Kita mesti menghalang perang nuklear daripada berlaku," kata Lili Xia iaitu seorang saintis iklim di Universiti Rutgers yang mengetuai penyelidikan tersebut memberitahu Nature.com.

Para penyelidik membuat kajian tersebut berdasarkan pengiraan mereka pada saiz senjata nuklear setiap negara.

Iklan

Sembilan buah negara termasuk United Kingdom kini mengawal lebih daripada 13,000 senjata nuklear. - Agensi