TERENGGANU FC (TFC) II membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium UITM selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam perlawanan Liga Premier pada Isnin.
Dua gol setiap babak jaringan Izzan Syahmi Mustapa minit ketujuh dan Rahmat Makasuf (50') sudah cukup membolehkan skuad kendalian Badrul Afzan Razali mengumpul ke-29 mata.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun tiga mata diraih di bumi Shah Alam itu tidak mengubah kedudukan TFC II yang kekal di tempat ketiga liga - sembilan menang, dua seri, empat kalah.
Sementara itu, Kelantan United FC pula naik ke tangga kelima liga selepas meraih kemenangan kelima - enam seri, empat kalah - untuk mengumpul 21 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.
Kemenangan kelima Kijang Hijau kendalian Syamsul Saad diperolehi selepas menewaskan UiTM FC 3-1.
Gol tuan rumah dijaringkan Njoku Jacob (16'), Haziq Subri (50'), Asraff Aliffuddin Yasin (94'), manakala gol The Lions Roar disumbangkan Izman Solehin Rohadi (71').
Artikel Berkaitan