Bekas Naib Pengerusi MPN Sabah keluar PKR
Iklan
John Ot Ghani
KOTA KINABALU - Bekas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk John Ot Ghani meletak jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seterusnya keluar daripada parti.
Beliau juga bekas Ketua Cabang Beaufort berkata, keputusan keluar parti itu diambil selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan di bawah Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
Iklan
Katanya, tidak gembira dengan keputusan Anwar mengugurkan jawatan Pengerusi MPN Sabah disandang Datuk Christina Liew dan melantik Datuk Sangkar Rasam sebagai penggantinya baru-baru ini.
"Surat peletakan jawatan pada 25 Julai lalu dan saya telah meletakkan jawatan saya dalam PKR dan keluar dari PKR.
Iklan
"Saya tinggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan berkaitan dengan tindakan parti yang menandatangani memorandum persefahamam (MoU) yang dilihat tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada parti," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Jumaat.
Beliau dengan nada kecewa berkata, kehadiran Anwar ke Sabah baru-baru ini bukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya menggugurkan Pengerusi MPN Sabah.
Iklan
Tambah beliau, tindakan Presiden itu dijangka akan memberi kesan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Untuk mengubah pemimpin boleh bila-bila masa saja tapi tidak sesuai pada waktu ini kerana kita mahu menghadapi PRU15.
"Dengan pelantikan baharu ini dan mengugurkan Christina kesannya, kita akan hilang kerusi di Tawau dan akan hilang di Putatan," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Sangkar yang juga Ketua Cabang PKR Keningau dilantik sebagai Pengerusi MPN Sabah yang baharu manakala Christina dikekalkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>