Penubuhan RCI wajar, pastikan tiada siapa terlepas

Iklan
Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari dan membongkar kebenaran dalam isu penyelewengan pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) adalah wajar bagi memastikan tiada siapa yang terlibat akan terlepas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka yang terlibat perlu dipertanggjawabkan sekiranya benar gagal dalam mengendalikan projek berkepentingan kebangsaan dan strategik itu.

Iklan
Iklan

"Saya menyokong pendirian Pemuda UMNO dan desakan pelbagai segmen masyarakat untuk RCI ditubuhkan bagi menyiasat kontroversi berkaitan dengan perolehan LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Kebenaran hanya dapat ditemui melalui siasatan yang telus, bebas dan menyeluruh.

Iklan

"Justeru amatlah penting bagi kerajaan untuk melakukan siasatan awam yang bebas dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, semua pihak termasuk ahli UMNO sendiri juga mahukan kebenaran berhubung perkara tersebut.

Iklan

Pada Selasa, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan untuk segera menubuhkan RCI bagi menyiasat isu perolehan enam LCS secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat.

Beliau dilaporkan berkata, sikap tuduh menuduh, andaian demi andaian serta provokasi pelbagai pihak mengenai perkara itu amat tidak sihat untuk rakyat.