Aplikasi MyIsytihar mudahkan nelayan isytihar guna telefon pintar
Iklan
Nik Muhammad Zawawi bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, Khaironesak Omar merasmikan aplikasi MyIsytihar LKIM pada MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Rabu. - Foto Bernama
SERDANG - Aplikasi MyIsytihar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dilancar pada Rabu dalam usaha memudahkan para nelayan untuk membuat pengisytiharan sendiri menggunakan telefon pintar tanpa terikat dengan waktu operasi Pusat Pengisytiharan dan Pendaratan ikan LKIM.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pelancaran itu akan mempercepatkan proses pengisytiharan oleh nelayan serta membantu pengumpulan data kerajaan berkenaan maklumat tangkapan ikan dengan lebih tepat.
Iklan
Iklan
"Permintaan saya supaya program ini dipatuhi oleh semua pihak supaya kita lebih berjaya untuk mengesan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh nelayan,” katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran aplikasi tersebut di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Iklan
Beliau berkata,aplikasi tersebut akan memastikan segala anugerah yang diberikan oleh kerajaan termasuk subsidi untuk nelayan diterima sebaik mungkin supaya nelayan akan memperoleh hasil lebih baik.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Kusaidi Salleh berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun bermula 1 September ini dengan menyasarkan kira-kira 30,000 nelayan yang berdaftar dengan LKIM.
Iklan
"Kami akan buat keterlibatan di semua tempat-tempat (kawasan) perkampungan nelayan dan di kawasan pendaratan ikan yang telah kami kenal pasti,” katanya ketika ditanya berkenaan pendekatan yang dilakukan bagi memperkenalkan aplikasi itu kepada para nelayan.
Aplikasi itu mempunyai integrasi data dan sistem e-pengisytiharan sedia ada iaitu pengguna sistem tersebut boleh mengakses maklumat berkaitan MyIsytihar LKIM di dalam aplikasi itu.
LKIM adalah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). - Bernama
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution