BANGKOK - Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi negara ke Mesyuarat Ke-14 Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JC) dan Mesyuarat ke-5 Jawatankuasa Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan (JDS) di Bangkok, mulai Selasa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand berkata, mesyuarat dua hari itu akan dipengerusikan bersama oleh Saifuddin dan rakan sejawatannya dari Thailand Don Pramudwinai, yang juga Timbalan Perdana Menteri.