Zainul Rijal dipilih Presiden MPSWP
Iklan
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (MPSWP) bagi penggal pertama selama dua tahun (2022/2024).
Zainul Rijal dalam kenyataan pada Isnin berkata, pemilihan itu diadakan pada mesyuarat agung kali pertama Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan di Putrajaya yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, peguam syarie yang hadir pada mesyuarat berkenaan juga turut memilih 13 anggota MPSWP untuk penggal tersebut berdasarkan Seksyen 49 Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.
Katanya, pada pemilihan itu, Musa Awang dipilih sebagai naib presiden, Majdah Muda dipilih sebagai setiausaha manakala bendahari, Datuk Hazizah Kassim.
Iklan
"Pada hari ini juga MPSWP telah memutuskan oleh kerana pembentukan MPSWP ini baru dibuat setelah Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 dilaksanakan pada 21 Jun lepas, semua hal ehwal pelaksanaan mengenai Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan sebelum ini diteruskan sebagaimana sebelum pembentukan MPSWP sehinggalah ada ketetapan lain dibuat oleh MPSWP pada masa akan datang.
"Hal ini bagi membolehkan MPSWP meneliti kesemua peruntukan undang-undang dan kaedah yang akan diwartakan dalam masa terdekat,” katanya.
Iklan
Beliau menyeru semua peguam syarie Wilayah Persekutuan merapatkan saf dan membantu dari semasa ke semasa bagi menjayakan agenda MPSWP serta menjadi teladan kepada majlis peguam syarie yang bakal diwujudkan di negeri-negeri. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>