Royalti: Penderaan 'halus' terhadap rakyat
Iklan
Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU - Kelewatan pembayaran royalti yang dibayar Kerajaan Pusat disifatkan sebagai penderaan secara 'halus' kepada rakyat Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau mengakui pembayaran yang tidak mengikut perjanjian asal menyukarkan perancangan kewangan kerajaan negeri.
Iklan
Iklan
"Kita ada menyuarakan kegusaran mengenai kelewatan dan pembayaran yang dibuat secara berperingkat ini yang mana akan menyukarkan kerajaan negeri malah merupakan penderaan secara halus kepada rakyat.
"Bagaimanapun, sehingga kini tiada jawapan daripada Pusat dan kita tidak boleh tentukan mengapa ia berlaku," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) berhubung jumlah terimaan hasil petroleum dan gas yang disalurkan kepada Terengganu sepanjang tahun lalu ketika sesi soal jawab lisan di Persidangan DUN Terengganu di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, Kerajaan Persekutuan telah membayar sejumlah RM1.05 bilion Wang Tunai Petroleum (WTP) kepada kerajaan Terengganu sepanjang tahun lalu.
Iklan
Katanya, bayaran itu diterima secara berperingkat iaitu RM603 juta sebelum PRU14 yang dibayar pada 10 April 2018, RM100 juta (21 Ogos 2018), RM200 juta (8 Oktober 2018) dan RM150 juta (12 Disember 2018).
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, jumlah itu lebih rendah berbanding anggaran terimaan RM1.4 bilion hasil petroleum dan gas seperti dibentangkan menerusi Belanjawan Terengganu 2018.
"Angka yang dianggarkan itu adalah realistik berdasarkan anggaran kiraan harga minyak pada kadar USD60 setong dan kini harga minyak dunia dirujuk pada kadar USD70 setong," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, tahun ini, kerajaan negeri hanya menerima WTP berjumlah RM193.1 juta yang dibayar pada Januari lalu, namun, ia adalah WTP yang sepatutnya diterima pada 2018.
"RM193.1 juta ini pula adalah WTP yang sudah ditolak dengan hutang kerajaan negeri sebanyak 25 peratus oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal