Tangani jurang kaya miskin, elak cetus permusuhan kaum: Tun M

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Masalah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin yang sering dikaitkan dengan kaum tertentu di negara ini perlu ditangani segera bagi mengelak tercetusnya permusuhan lebih teruk.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan proaktif perlu diambil mulai sekarang bagi meredakan keadaan kerana dibimbangi boleh mengakibatkan kesan yang lebih besar dan sukar untuk ditangani.

Iklan
Iklan

Mengambil contoh peristiwa rusuhan berdarah antara kelompok miskin dan kaya hingga mencetuskan perang saudara di Perancis dan Rusia, Dr Mahathir berkata, situasi sama boleh berlaku di mana-mana negara termasuk Malaysia jika tidak mengambil iktibar daripada sejarah tersebut.

Justeru katanya, jika masyarakat ingin mengelak permusuhan berlaku antara miskin dan kaya, jarak pendapatan antara kedua-dua kelompok itu perlu dikurangkan.

Iklan

"Di Malaysia kita juga sedar ada perbezaan yang ketara antara yang miskin dengan yang kaya. Lebih bahaya ialah miskin dan kaya dikait dengan kaum. Demikian ramai yang miskin terdiri dari orang Melayu dan yang kaya dari orang Cina. Memang pun kedua-dua kaum tidak rapat dalam hubungan antara mereka.

"Perasaan perkauman tidak disukai oleh para intelek. Tetapi hakikatnya ialah perasaan ini terdapat dalam semua kaum di Malaysia. Kemungkinan rusuhan antara kaum berlaku.

Iklan

"Ada pihak yang akan berkata perkara ini tidak patut disuarakan. Konon menyuara perkara ini sama seperti menggalak isu ini disedari dan dijadikannya sebagai isu yang boleh membakar perasaan kaum-kaum. Kononnya lebih baik perkara ini dilupakan sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menegaskan adalah lebih baik, jurang perbezaan itu dibendung lebih awal sebelum jarak perpisahan menjadi lebih teruk hingga menyukarkan usaha untuk membendungnya nanti.

"Sebab itulah tindakan mengurangkan jarak perpecahan, perlu dilakukan lebih awal. Ya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikatakan gagal. Tetapi dalam bidang pelajaran ia berjaya kurangkan jarak antara kaum.

"Dalam bidang ekonomi, kelemahan DEB telah dikenal pasti. Pembetulan juga sudah dibuat. Dengan ini DEB akan mencapai kejayaan yang lebih baik,” katanya.