Kadar kelahiran terus merosot
Iklan
SHAH ALAM - Pakar ekonomi tidak menolak kemungkinan peningkatan kos sara hidup selepas pandemik Covid-19 menyumbang kepada kemerosotan kadar kelahiran yang lebih teruk di negara ini.
Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pasangan lebih berhati-hati untuk menambah anak dengan situasi ketidaktentuan dalam pekerjaan atau pendapatan.