KDA FC perlu bertemu penyokong, kongsi perkara sebenar
Iklan
Mohd Azraai Khor Abdullah. - FOTO KFA
PENGURUSAN Kedah Darul Aman (KDA) FC perlu turun padang bertemu wakil penyokong Sang Kenari untuk berkongsi keadaan sebenar kelab tersebut selepas mereka menampilkan aksi longlai di peringkat Liga Malaysia 2022.
Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali ada menghubunginya pada petang Rabu berhubung kenyataannya di media sosial yang melihat kelab itu seolah-olah merahsiakan sesuatu berdasarkan prestasi pasukan yang tidak konsisten.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penyokong berhak untuk mengetahui apa yang berlaku kerana pasukan tidak akan wujud tanpa sokongan tidak berbelah bahagi seperti yang diberikan oleh penyokong selama ini.
"Apa-apa pun saya cadangkan (kepada pengurusan KDA FC) jumpalah wakil-wakil penyokong kita, kongsi bersama mereka apa yang sebenarnya berlaku.
Iklan
"Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil pernah berkata, tiada rahsia di antara kita dengan penyokong kita. Pasukan tidak akan ada tanpa sokongan penyokong. Tidak perlu untuk menyembunyikan sesuatu, berani kerana benar," katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebook beliau pada Rabu.
Isnin lalu, Mohd Azraai juga melalui Facebook rasminya menyatakan rasa simpati kepada skuad Sang Kenari apabila tewas 2-0 kepada Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur sekali gus menjadikan kekalahan keenam mereka dalam saingan Liga Super 2022 selepas 13 perlawanan.
Iklan
Kekalahan itu menyaksikan KDA FC jatuh ke tangga keenam dengan mengumpul 17 mata.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak selepas ini akan terbang ke Bali, Indonesia untuk menghadapi PSM Makassar bagi aksi separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN pada 9 Ogos.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com