PPZ-MAIWP agih daging korban kepada pekerja syarikat media
Iklan
(Depan, enam dari kiri) Hashim, Fahmi dan Akmal Eirfan bersama penerima sumbangan daging korban sejuk beku di hadapan Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
SHAH ALAM - Prihatin dengan nasib pekerja syarikat media dalam kalangan B40, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyerahkan sumbangan daging korban sejuk beku kepada 300 penerima pada Selasa.
Penolong Pengurus Besar Khidmat Kaunter dan Wakalah PPZ-MAIWP, Fahmi Ismail Al Hafiz berkata, seramai 100 penerima adalah daripada Kumpulan Karangkraf, manakala 200 lagi penerima daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TV AlHijrah.
Iklan
Iklan
"Program ini dilaksanakan hasil kerjasama di antara pihak Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) dan PPZ-MAIWP.
"YBIM secara keseluruhannya menyediakan 500 kilogram daging korban sejuk beku dan melalui PPZ (MAIWP) untuk kita serahkan kepada asnaf atau kumpulan B40, 300 kepada agensi media dan 200 lagi kepada orang awam,” katanya.
Iklan
Fahmi berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan daging korban sejuk beku kepada 100 kakitangan Karangkraf di Kompleks Karangkraf di sini pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Percetakan (Ultimate Print Sdn Bhd), Akmal Eirfan Mohamed Fauzi dan Pengurus Tugas-tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang.
Iklan
Fahmi berkata, pihaknya berharap pelbagai program dapat dirangka bersama agensi media yang sentiasa bekerjasama dengan PPZ - MAIWP dalam menyebar luas dakwah zakat kepada masyarakat awam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>