Tidak takut gertakan Lynas

Iklan
Fuziah (duduk, tiga kanan) bersama badan bukan kerajaan yang menentang Lynas menunjukkan gambar salah laku yang telah dilakukan oleh syarikat tersebut di negara ini.

KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tidak takut dengan gertakan Lynas Corporation Ltd. (Lynas) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan berikutan susulan prasyarat pembaharuan lesen Lynas Advance Materials Plant (LAMP) dikenakan terhadap syarikat itu.

Menurutnya, pihaknya meminta Lynas meneruskan hasrat mereka untuk mengambil tindakan saman terhadap kerajaan berikutan pengumuman Menteri Tenaga, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin yang mahu syarikat memproses nadir bumi itu mengikuti saranan dikemukakan Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Operasi Lynas, termasuk menghantar semula sisa radioaktif ke Australia.

Iklan
Iklan

"Jika tidak mengambil peduli syarat yang telah ditetapkan khususnya membuang sisa buangan syarikat itu ke negara asal, Lynas berdepan risiko kehilangan pembaharuan permit untuk beroperasi pada September 2019.

"Kalau betul Lynas nak saman kerajaan silakan... Menteri (Bee Yin) pun sudah menyatakan kesediaaan untuk menghadapi saman dari Lynas dan beliau juga sudah bertemu dengan Peguam Negara (Tommy Thomas) bagi membincangkan perkara ini.

Iklan

"Saya rasa, Lynas ini sengaja nak takut-takutkan kita... saya sendiri pun sudah beberapa kali mereka cakap nak saman, tapi sampai sekarang tiada pun nak saman... cukup dan, hentikanlah sikap nak membuli rakyat Malaysia," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lynas digesa hantar sisa buangan di Australia]

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sedia disaman Lynas]

[ARTIKEL BERKAITAN: Lynas sedia laksana cadangan jawatankuasa eksekutif]

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Khidmat Dun Semambu, di sini, hari ini.

Turut hadir sama Adun Semambu, Lee Chean Chung dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas, Tan Bun Teet.

Dalam pada itu, Fuziah turut mengalu-alukan hasrat Lynas untuk membina tapak pelupusan kekal (PDF) yang perlu mendapat persetujuan orang awam khususnya penduduk di daerah Kuantan.

Menurutnya, penawaran penyediaan PDF oleh Lynas itu dilihat hanya alasan pihak pengurusan syarikat memproses nadir bumi berkenaan melengah-lengahkan tindakan tegas kerajaan terhadap syarikat terbabit.

"Kalau nak kira, dulu lagi kerajaan sudah arahkan mereka bina PDF, tapi Lynas beri alasan kali ini untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sisa nadir bumi yang sudah diproses.

"Laporan dikeluarkan Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Operasi LYNAS sudah jelas bahawa sisa nadir bumi itu tidak sesuai digunakan sebagai baja untuk industri pertanian kerana mengandungi bahan radioaktif yang sangat berisiko tinggi.

"Kenapa sekarang mereka timbulkan balik perkara ini untuk bina PDF.. Bagi saya, ini semua taktik mereka sahaja... kalau boleh nak buat PDF, saya alu-alukan, tapi pastikan ia perlu mendapat persetujuan semua penduduk dan mengadakan sesi pendengaran awam terlebih dahulu," katanya.