Pulau Pinang pertimbang adakan PRN serentak PRU15
Iklan
Gambar hiasan
SEBERANG PERAI - Kerajaan Pulau Pinang berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya ia diadakan menjelang hujung tahun ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri perlu menilai semula keputusan yang dibuat sebelum ini iaitu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen.
Iklan
Iklan
"Kami akan menilai semula kedudukan sebelum ini, bergantung kepada berapa awal atau lewat PRU akan diadakan. Jadi, sekiranya PRU berlangsung menjelang hujung tahun, saya fikir dengan tempoh beberapa bulan lagi, kemungkinan besar ia (PRN) diadakan serentak,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi di Tasik Gelugor di bawah program Jelajah Love Penang di sini pada Isnin, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, parti itu yakin dapat mengekalkan pentadbirannya di negeri itu.
Iklan
Pada 18 Mac lepas, Kon Yeow berkata, tiada keperluan untuk PRN diadakan dalam masa yang sama dengan PRU dan kerajaan negeri berhak untuk menunggu hingga 2023 sebelum membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Terdapat 40 kerusi DUN di Pulau Pinang merangkumi Pakatan Harapan (PH) dengan 19 kerusi dimiliki DAP, PKR (12) dan Amanah (2) manakala Bersatu mempunyai empat kerusi, Barisan Nasional (BN) (2) dan PAS (1).
Iklan
Bagi kerusi Parlimen, PH mempunyai 11 kerusi iaitu DAP (7) dan PKR (4) manakala BN dengan dua kerusi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>