China lancar Chang'e-4 ke bulan

Iklan
Chang'e-4 dilancarkan dengan roket Long March 3B dari pusat pelancaran Xichang, awal pagi tadi.

BEIJING - CHINA. China melancarkan kenderaan perayau, hari ini untuk mendarat di 'bahagian gelap' bulan yang pertama di dunia yang akan meningkatkan cita-cita Beijing untuk menjadi 'kuasa terbesar' angkasa lepas.

Agensi berita Xinhua melaporkan misi Chang'e-4 yang dinamakan sempena nama dewi bulan dalam mitologi Cina dilancarkan dengan roket Long March 3B dari pusat pelancaran Xichang pada jam 2.23 pagi (waktu tempatan).