Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Khalid Ibrahim
Iklan
Mohd Rashid - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin merakam ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas pemergian beliau pada malam Ahad.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Allahyarham juga pernah menjadi ahli Parlimen Bandar Tun Razak dari tahun 2008 hingga 2018.
Iklan
Iklan
"Dengan perasaan amat dukacita dan sedih. Saya ingin mengumumkan kepada ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad
"Saya bagi pihak ahli dewan ini dan pihak Parlimen ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Iklan
"Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh lagi beriman,” katanya.
Allahyarham Abdul Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral di sini jam 11.08 malam, Ahad.
Iklan
Perkhabaran pemergian tersebut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Allahyarham.
Hantaran tersebut juga memaklumkan atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>