Elaun JKM, impak mansuh UPSR, PT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Iklan
Persidangan pada Isnin juga akan menyaksikan sambungan perbahasan RUU bacaan kali kedua antaranya RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Isu kenaikan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaras dengan kenaikan kos sara hidup antara perkara yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Persoalan itu akan diajukan oleh Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Iklan
Iklan
Mohd Salim ingin tahu sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar bantuan bulanan kepada penerima sedia ada supaya ia selari dengan kenaikan kos hidup masa kini.
Turut menjadi perhatian ahli Parlimen ialah impak jangka panjang pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dibangkitkan oleh Natrah Ismail (PH-Sekijang) kepada Menteri Kanan Pendidikan.
Iklan
Beliau juga ingin tahu mengenai mekanisme Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengukur kelayakan kemasukan pelajar ke asrama penuh atau ke kolej lepasan Tingkatan Tiga selepas peperiksaan UPSR dan PT3 dimansuhkan.
Sementara itu, Pang Hok Liong (PH-Labis) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah rizab negara setakat Mei 2022 dan jumlah rizab antarabangsa Bank Negara setakat Mei 2022 serta rancangan kerajaan untuk meningkatkan rizab negara.
Iklan
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula mengutarakan soalan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkenaan kriteria yang akan diperhalusi oleh kementerian dalam membuka sempadan negara kepada lebih banyak negara luar seperti China.
Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin juga akan menyaksikan sambungan perbahasan rang undang-undang bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 serta Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>