ISKANDAR PUTERI - Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti wajar dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) agar selari dengan Dewan Rakyat, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sudah sepakat mengenai isu itu dan tindakan sama wajar dibuat di peringkat negeri.