Kelantan FC kukuh kedudukan Liga Premier

Iklan
Kesebelasan utama Kelantan FC pada perlawanan berkenaan. - Foto FB TRW Kelantan FC

[DIKEMAS KINI] KELANTAN FC mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Premier apabila meraih tiga mata berharga hasil kemenangan 2-0 ke atas Kuching City FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV petang Ahad.

Beraksi di depan lebih 8,000 penonton, Kelantan FC bermula garang menerusi asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat dalam usaha membuka jaringan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan hanya membuahkan hasil setelah pemain gantian skuad The Red Warriors (TRW), Nixon Guylherme menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung babak pertama.

Babak kedua, Kelantan FC dilihat semakin menggandakan asakan ke gawang lawan dalam usaha menambah jaringan.

Iklan

Usaha mereka apabila pemain gantian, Muhammad Ikhwan Yazek menjaringkan gol pada minit ke-73.

Biarpun pelawat dilihat cuba bangkit bagi menjaringkan gol saguhati dan merapatkan jurang gol, namun benteng Kelantan FC dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan FC meraih 29 mata setelah mengharungi 12 perlawanan setakat ini.