'Tidak berdendam tapi saya sentiasa ingat'
Iklan
Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menyimpan dendam meskipun ramai ahli parti khususnya UMNO menyentuh mengenai keperibadiannya.
Menurutnya, ini dibuktikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini di mana ada beberapa calon yang menyentuh perkara peribadinya tetap dicalonkan.
Iklan
Iklan
"Dalam PRN Melaka, ada beberapa calon menulis dan berucap yang menyentuh perkara-perkara peribadi pun mereka jadi calon, begitu juga di Johor.
"Saya tidak ada sifat dendam. Saya sentiasa memaafkan tetapi saya sentiasa ingat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Puteri Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah individu yang tidak sehaluan dengannya tidak akan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Tambah Ahmad Zahid, UMNO dan BN juga akan menampilkan calon-calon muka baharu dalam PRU15.
Iklan
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, pemilihan calon itu akan dibuat seperti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Acuan yang kita lihat di PRN Melaka dan Johor itu merupakan acuan yang terbaik. Dan kita akan lakukan yang lebih baik daripada itu, insya-ALLAH,”
Sementara itu, Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menerima ‘katak-katak’ politik.
"Kirim salam dan minta maaf banyak-banyak,” katanya.
Sebelum ini, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>