Dua warga asing ditahan curi dada ayam 18kg
Iklan
AMPANG - Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencuri satu beg plastik yang mengandungi bahagian dada ayam seberat 18 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM350 di sebuah kedai serbaneka di Jalan Pandan Cahaya di sini pada 17 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua lelaki berusia 26 dan 42 tahun itu ditahan pada jam 10.15 malam di Taman Cahaya pada Khamis.