Pemimpin Pas junjung kasih titah Sultan Terengganu
Iklan
Pemimpin Pas dan BN Terengganu mengamalkan politik matang demi rakyat.
KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas Terengganu menjunjung kasih di atas keprihatinan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melihat perpaduan dan kekitaan antara rakyat dengan mengetepikan politik kepartian.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebagaimana titah Tuanku, kerajaan negeri komited dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan rakyat sentiasa diutamakan.
SATIFUL BAHRI MAMAT
Iklan
Iklan
"Sidang DUN kali ini misalnya, membariskan ADUN dari Pas dan BN dan di Terengganu, tiada ADUN daripada PH.
"Saya melihat ta’awun atau kerjasama yang dibuat kedua-dua parti ini menjadikan seolah-olah tiada pembangkang kali ini, kita harapkan kerjasama ini diteruskan sebagaimana hasrat Sultan Terengganu sendiri dalam berkhidmat dan melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat Terengganu, itu fokus dan hasrat kita.
Iklan
"Perbezaan pandangan politik dan sebagainya, hanya sekadar penambahbaikan daripada segi komentar, krisis berpanjangan. Saya ingat Terengganu memerintah dengan senang dan saya harapkan perkara ini berterusan sehingga kita mencapai matlamat negeri Maju, Berkat, Sejahtera,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu.
DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Terengganu untuk melihat perpaduan dalam kalangan rakyat terus dieratkan, selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi teras kerajaan negeri.
Iklan
Jelasnya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk terus memelihara kerukunan dan kemakmuran ini supaya semua rakyat Terengganu boleh terus menikmati kehidupan di bumi bertuah ini.
ARIFFIN DERAMAN
Turut senada, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri bergerak dengan berteraskan prinsip politik matang dan sejahtera.
"Kita ketepikan politik kepartian dan memberikan keutamaan agenda rakyat dan pembangunan negeri. Alhamdulillah, saya nampak rakyat selesa dengan cara ini,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal