Biden isytihar bencana besar di Kentucky

Iklan
Banjir besar yang melanda Kentucky pada Selasa lalu telah menyebabkan lebih 15 orang terbunuh. - Foto AFP

JACKSON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat mengisytiharkan bencana besar di Kentucky akibat banjir besar yang melanda di negeri itu pada Selasa.

Pengisytiharan itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Iklan
Iklan

Beliau mengarahkan bantuan Persekutuan untuk menambahkan usaha pemulihan di kawasan yang terjejas oleh ribut teruk, banjir, tanah runtuh dan runtuhan lumpur.

Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Deanne Criswell turut menamakan Brett H Howard sebagai Pegawai Penyelaras Persekutuan untuk operasi pemulihan di kawasan yang terjejas.

Iklan

Penilaian kerosakan juga diteruskan dan lebih banyak daerah serta bentuk bantuan tambahan mungkin ditetapkan selepas penilaian selesai sepenuhnya.

Lebih 16 orang maut dalam kejadian banjir di negeri tersebut dan angka kematian akan meningkat berikutan bencana tersebut berlaku akibat hujan lebat. - Agensi

Iklan