Malaysia mara ke suku akhir badminton berpasukan campuran
Iklan
Malaysia mara ke suku akhir badminton berpasukan campuran selepas menewaskan Jamaica 5-0. - Foto Badminton Association of Malaysia
MALAYSIA melangkah ke suku akhir acara badminton berpasukan campuran selepas menewaskan Jamaica 5-0 dalam saingan Kumpulan D temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Sabtu.
Dalam perlawanan berlangsung di National Exhibition Centre, beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See menyumbang mata pertama selepas menewaskan Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12 diikuti perseorangan negara Ng Tze Yong mengalahkan Samuel Ricketts 21-12, 21-16.
Iklan
Iklan
Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei meneruskan rentak cemerlang negara apabila mengecewakan Thalia Richardson 21-2, 21-5 untuk mata ketiga.
Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula melebarkan jurang mata apabila menewaskan gandingan Angus-Ricketts 21-7, 21-11, manakala beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah menewaskan Richardson-Wynter 21-8, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan skuad badminton negara.
Iklan
Malaysia yang mengecewakan Zambia 5-0, akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan, esok. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Faisal Halim masih perlu pemantauan rapi - Adam Adli" /><meta itemprop="description" content="Faisal Halim masih perlu pemantauan rapi - Adam Adli
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #FaisalHalim #SelangorFC #AdamAdli" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-15T05:38:26.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WIRUA1cH4fJi0nf8q/x120" /><meta itemprop="duration" content="P108S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8yijyi" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8yijyi"></script>