Detik mencabar Muhyiddin tangani pandemik dibukukan
Iklan
Detik mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin tangani pandemik dibukukan. - Foto Bernama
PETALING JAYA - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Jumaat melancarkan buku bertajuk"Muhyiddin Yassin: Leading A Nation In Unprecedented Crisis” tulisan bekas Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib Razak.
Buku biografi itu mengabadikan detik mencabar dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tampuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelapan ketika pandemik Covid-19 melanda.
Iklan
Iklan
Abdul Mutalib berkata antara kandungan buku itu ialah cabaran yang dihadapi Muhyiddin dan Kabinetnya terutama ketika seluruh dunia belum memahami sepenuhnya impak Covid-19.
Katanya buku itu turut mengupas cabaran mendepani pandemik Covid-19 termasuk usaha mendapatkan vaksin, kesan terhadap ekonomi akibat pandemik dan kemelut politik yang dihadapi Muhyiddin.
Iklan
"Ketika saya mula mengumpul pasukan editorial untuk buku ini pada Jun 2020, ia adalah berdasarkan catatan peristiwa secara langsung, tetapi kemudiannya krisis ini menjadi begitu besar dari pelbagai sudut, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan biografi selengkap ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku tersebut.
Hadir sama Muhyiddin serta isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>