Kesan vape bertambah teruk beberapa tahun lagi
Iklan
Vape bukan sahaja memberi kesan pada paru-paru, tetapi menimbulkan masalah pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. Gambar kecil: Dr Nur Amani
SHAH ALAM - Pakar perubatan menjangkakan kesan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi lebih teruk dalam masa beberapa tahun akan datang.
Pakar Perunding Perubatan Keluarga dan Felo Kawalan Tembakau, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin berkata, kesannya dilihat lebih ketara setelah kanak-kanak dan remaja yang menghisap vape dalam tempoh ini meningkat dewasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketagihan vape sangat tinggi, malah terbukti individu yang tidak pernah merokok sebelum ini juga mula terdedah dengan rokok elektronik.
"Apabila mula (menghisap) vape, (mereka) akan ketagihan bahan lain. Impak itu sangat tinggi dalam kalangan remaja serta kanak-kanak kerana mereka mengalami perubahan hormon serta tumbesaran badan.
Iklan
"Otak yang berkembang, ditambah tekanan rakan sebaya mendorong mereka menjadi penghisap vape kemudian bertukar kepada rokok.
"Pusat Racun Negara melaporkan, kes keracunan vape dalam kalangan kanak-kanak melibatkan usia empat bulan (paling muda), manakala enam kes pada tahun 2019 dan 13 kes pada 2020,” katanya.
Iklan
Dr Nur Amani berkata, vape bukan sahaja memberi kesan pada paru-paru, tetapi menimbulkan masalah pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.
Katanya, kajian The Johns Hopkins University pada Oktober 2021 mendapati, vape mengandungi lebih 1,000 bahan kimia antaranya kafein, tiga kimia baharu, racun serangga serta perisa dan pewarna tiruan.
"Kesan vape akan terus dirasai oleh penghisap, misalnya degupan jantung dan tekanan darah meningkat serta kesan jangka panjang seperti serangan jantung.
"Ada pesakit yang mendapat masalah popcorn lung dan Evali (penyakit berkaitan paru-paru akibat vape) dalam tempoh kurang setahun,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>