Lebih 15 peratus remaja guna produk tembakau
Iklan
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan 15.6 peratus remaja berusia 15 hingga 19 tahun di negara ini menggunakan produk tembakau.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dapatan itu diperoleh hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019.
Iklan
Iklan
"Daripada peratusan itu, 11.6 peratus golongan itu adalah perokok aktif dan 7.5 peratus menggunakan rokok elektronik (vape)," katanya menerusi hantaran di laman sosialnya pada Khamis.
Hantaran itu merupakan sebahagian kempen kerajaan dalam melaksanakan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.
Iklan
Bacaan kedua RUU itu dijangka akan dibentangkan pada minggu hadapan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa yang prihatin, individu bukan perokok dan pesakit yang mengalami kesan buruk akibat rokok digesa bersama-sama menyuarakan sokongan masing-masing.
Iklan
"Tandakan (tag) ahli Parlimen anda di media sosial, hubungi mereka atau hantarlah e-mel," katanya.
Ujarnya, tindakan dan sokongan daripada semua pihak mampu membawa perubahan sekali gus menjadi sebahagian daripada sejarah negara.
"Ini bagi memastikan kesejahteraan masa depan anak-anak kita," katanya yang turut memperkenalkan tanda pagar sokongan terhadap RUU itu iaitu #SayaSokongGEG.
Bacaan kali pertama RUU itu dibuat oleh Khairy [BN-Rembau] di Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU itu antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya membeli, merokok dan memiliki produk tembakau atau peranti merokok.
Mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 jika disabitkan dengan kesalahan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>