Dua wanita ditahan bersama dadah bernilai RM142,460

Iklan
Shanmugamoorthy menunjukkan pelbagai jenis dadah yang ditemui hasil penahanan dua wanita berkenaan.

KUALA LUMPUR - Dua wanita disyaki pengedar dadah ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM142,460 di sekitar Kepong di sini, baru-baru ini.

Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu susulan maklumat yang diterima polis berhubung kegiatan pengedaran dadah jenis ekstasi di sekitar kawasan Kepong pada 28 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, bertindak atas maklumat itu pihaknya telah menahan seorang wanita warga Indonesia berusia dalam lingkungan 30-an di kawasan Kepong pada jam 12.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan terhadap suspek ditemukan 500 biji pil ekstasi seberat 172.32 gram yang dianggarkan bernilai RM7,500.

Iklan

"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama pada jam 4.30 petang seorang lagi suspek iaitu wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50-an turut ditahan,"katanya ketika sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

Tambah beliau, hasil penahanan suspek kedua, polis bertindak menyerbu sebuah kondominium di sekitar Bandar Menjalara, Kepong yang dihuni wanita tempatan itu.

Iklan

"Serbuan itu turut menemukan pil ekstasi pelbagai warna(2,164), 1 bungkusan plastik ketamin, 5 peket MDMA dan pil erimin 5 (269) yang dianggarkan bernilai RM134,960.

"Siasatan lanjut turut dijalankan di bawah Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya 1988 untuk mengesan harta-harta milik suspek yang dipercayai hasil dari pengedaran dadah,"katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula 29 Mac lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.