Tiada cadangan had tempoh penjawat awam pegang jawatan
Iklan
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan tidak bercadang mengehadkan tempoh seorang penjawat awam memegang satu-satu jawatan dalam usaha mengurangkan kadar keterlibatan rasuah dalam salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin juga berkata, kerajaan berpendirian gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam masih terkawal.