Selera terbantut nasi pagi 'lauk' lipas
Iklan
Lipas yang dijumpai dalam sarapan pagi nasi berlauk yang dibeli di sbuah kedai makan di Panji, Kota Bharu. - Foto tular
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Selera seorang pesara kerajaan ketika hendak sarapan pagi terbantut selepas nasi berlauk dibeli di sebuah kedai di daerah ini, berisi lipas.
Isteri kepada pesara itu mahu dikenali Alin, 56, berkata, suaminya, 68, telah membeli nasi tersebut secara bungkus di kedai makan tersebut pada jam 8 pagi selepas menghantar cucu mereka ke sekolah.
Iklan
Iklan
"Kedai itu memang kegemaran suami saya dan kerap membeli sarapan pagi nasi berlauk gulai ayam kampung di kedai makan tersebut.
"Nasi dibeli bungkus dan dibawa balik untuk makan di rumah tetapi terkejut apabila buka saja ternampak seekor lipas yang sudah mati,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Ahad.
Iklan
Katanya, sebaik melihat kehadiran serangga itu, selera suaminya terus terbantut lalu membuang nasi berkenaan.
"Suami mengucap panjang dan serik hendak pergi ke kedai itu. Kami juga tidak buat aduan apa-apa kepada pemilik kerana bimbang menjejaskan hubungan (pelanggan).
Iklan
"Kami bagaimanapun berharap hal ini menjadi pengajaran kepada semua peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan kepada pelanggan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>