Jangan ada syak wasangka dalam UMNO

Iklan
Shahril merasmikan penutup program pemantapan gerak kerja parti anjuran Pemuda BN Alor Gajah di Selandar.

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap tiada sebarang timbul syak wasangka sesama ahli parti sebaliknya masing-masing perlu memainkan peranan sebagai penyatu dalam parti.

Beliau berkata, ia supaya ahli terus bersatu padu mengorak langkah ke depan bagi memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Lebih baik kita jadi harmoni untuk pastikan dalaman parti kita kuat.

"Kita hadapi pilihan raya bersama-sama. Kita terjemahkan semangat kebersamaan dalam parti kita,” katanya memetik laporan UMNO-online.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup program pemantapan gerak kerja parti anjuran Pemuda BN Alor Gajah di Selandar pada Sabtu.

Program ini dilaksanakan untuk menerangkan gerak kerja komunikasi kepada jentera parti dan menerangkan isu-isu semasa menuju PRU15.

Iklan

Tambah Shahril, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Presiden UMNO yang menang dipilih dalam parti dan perlu pertahankan.

"Naib Presiden kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri yang bawa imej sama iaitu imej BN.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan menjaga parti manakala Datuk Seri Ismail Sabri akan menjaga kerajaan.

"Dua-dua gerak bersama untuk kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelasnya.