Santhara Kumar masih bersama Bersatu

Iklan
Dari kiri: Santhara, Wan Saiful

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar masih bersama parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan terus menyokong Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Segamat itu sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada parti adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"Saya baru bercakap dengan Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan beliau menjelaskan bahawa hanya berhajat melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu.

"Itu kandungan surat yang beliau hantar. Bukan untuk keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Wan Saiful dalam pada itu berkata, permintaan Santhara akan dipertimbangkan oleh pimpinan atasan parti dengan sebaiknya.

Difahamkan dalam waktu terdekat Santhara akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan tentang perkara sebenar.

Iklan

Pada Jumaat, sebuah portal melaporkan, Santhara sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada Bersatu kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.