Malaysia lancar Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Menopaus
Iklan
Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama.
PETALING JAYA - Malaysia kini merupakan antara perintis dalam pengurusan garis panduan menopaus di Asia Tenggara dengan pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Menopaus di Malaysia.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelancaran itu menandakan pencapaian bersejarah dalam kejayaan penjagaan kesihatan Malaysia dan kementerian akan menyokong inisiatif tersebut dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai menopaus.
Iklan
Iklan
"Kesihatan seorang wanita semasa tempoh menopaus membawa pengaruh yang besar terhadap kesihatan dan produktiviti ekonomi negara kita," katanya dalam video prarakaman yang dipertontonkan kepada peserta semasa pelancaran CPG di sini pada Jumaat.
Menurut Khairy, purata jangka hayat wanita Malaysia pada 2021 adalah 78.3 tahun berbanding 73.2 tahun bagi seorang lelaki Malaysia.
Iklan
"Separuh daripada wanita akan menjalani kehidupan mereka melebihi usia 78 tahun. Justeru, diharapkan agar CPG ini menjadi langkah pertama dalam mendidik petugas kesihatan Malaysia supaya proaktif dalam menguruskan kesihatan menopaus,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa CPG dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Premitha Damodaran berkata, garis panduan itu meliputi pelbagai maklumat mengenai gejala menopaus, penilaian dan penyiasatan klinikal, pelbagai rawatan dan kesannya serta perspektif agama terhadap menopaus.
Beliau berkata, CPG akan disediakan di pelbagai platform termasuk Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, dan Persatuan Menopaus Malaysia.
Iklan
"Buat permulaan, CPG akan disediakan untuk pekerja kesihatan sebelum ia diedarkan kepada orang awam dalam bahasa yang lebih mudah serta borang risalah maklumat pesakit dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil,” kata Premitha kepada pemberita selepas pelancaran itu.
CPG yang merupakan inisiatif kerjasama oleh Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia; Persatuan Menopaus Malaysia dan Kolej Obstetrik dan Ginekologi di bawah Akademi Perubatan Malaysia juga akan boleh diakses melalui Android dan iOS di bawah Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia atau MyMAHTAS. - Bernama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>