Facebook gesa peraturan internet baharu

Iklan
Mark Zuckerberg

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Laman sosial Facebook menggesa kerajaan memainkan peranan lebih aktif dalam mewujudkan peraturan baharu bagi mengawal internet dan melindungi orang ramai daripada sebarang kandungan berbahaya.

Pengasasnya, Mark Zuckerberg mencadangkan peraturan baharu dalam empat bidang termasuk kandungan bahaya, integriti pilihan raya, privasi dan kebolehgunaan data.

Iklan
Iklan

"Adalah mustahil untuk menghapuskan semua kandungan bahaya dari internet, kita memerlukan pendekatan lebih standard memandangkan pengguna menggunakan pelbagai perkhidmatan perkongsian yang berbeza.

Kenyataan Zuckerberg dibuat susulan video siaran langsung insiden berdarah tembakan di dua masjid di Christchurch yang meragut 50 nyawa, 15 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Rakaman video berkenaan mencetuskan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa Facebook gagal menangani keganasan. - Press TV