KPDNHEP tahan sembilan lelaki disyaki seleweng diesel

Iklan
Minyak diesel berjumlah lebih 100,00 liter dengan nilai melebihi RM200,000 telah disita. - Foto KPDNHEP Selangor

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menahan sembilan lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM200,000.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis dari Bukit Aman untuk melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Kampung Baru Subang di sini pada kira-kira 11 malam Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil serbuan itu, minyak diesel berjumlah lebih 100,00 liter dengan nilai melebihi RM200,000 telah disita manakala empat lori tangki, dua kereta dan beberapa barangan lain turut dirampas menjadikan nilai keseluruhan berjumlah RM1.7 juta.

"Siasatan awal mendapati premis dan pelaku yang ditemukan di lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang lesen, permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan Barang Kawalan Berjadual," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Azman berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama