Rozali umum bertanding PRU15
Iklan
ROZALI
PUNCAK ALAM - Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail mengumumkan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Rozali berkata, beliau akan bertanding atas tiket parti baharu mewakili Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di bawah naungan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF).
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemilihan bertanding di Kuala Selangor dibuat memandangkan kawasan itu mempunyai tanah rancangan iaitu Felda Bukit Cherakah.
"Saya sendiri memajukan Bandar Puncak Alam ini di atas tanah Felda Bukit Cherakah dan sebab itu ia dekat di hati saya walaupun dibesarkan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Iklan
"Kemungkinan saya sendiri jika diizinkan ALLAH akan bertanding di kawasan Kuala Selangor," katanya pada sidang akhbar selepas Karnival Sukan Antara Fasa Bandar Puncak Alam (SUKAF 2022) Ketiga di Masjid Bandar Puncak Alam di sini pada Ahad.
Rozali (depan lima dari kiri) bergambar bersama peserta yang menyertai SUKAF 2022 Ketiga di Masjid Bandar Puncak Alam pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, beliau masih dalam peringkat penilaian untuk menentukan sama ada bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Iklan
"Saya tengah buat kajian (bertanding di DUN atau Parlimen) dari segi kesesuaian di bawah tiket parti yang nak ditubuhkan," katanya.
Jelas beliau, penyertaan beliau dan parti mewakili suara peneroka itu nanti diharap dapat membantu dan membela masyarakat Felda di semua tanah rancangan seterusnya memastikan lebih maju untuk 50 tahun akan datang.
"Kita hendak memastikan ladang Felda diurus tadbir dengan baik dan akhirnya golongan peneroka akan mendapat pulangan baik untuk membina keluarga dan masyarakat serta membantu kerajaan dan negara," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>