Masters Malaysia: Anna-Mei Xing terkandas di suku akhir
Iklan
Anna-Mei Xing ketika beraksi di suku akhir Master Malaysia 2022. Foto: BAM
HASRAT beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing untuk terus mencipta kejutan di kejohanan Masters Malaysia 2022, tidak kesampaian selepas tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasangan negara itu terpaksa akur tumpas straight set 14-21, 18-21 dalam aksi yang berlangsung selama 44 minit.
Iklan
Iklan
Bagi Anna, meskipun tewas, dia tetap gembira dengan pencapaian di Masters Malaysia sambil mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya mahu beraksi secara konsisten dengan pasangan terbaik dunia.
"Saya rasa permainan kami agak kurang hari ini berbanding semalam. Mungkin ia disebabkan dari segi pergerakan dan corak permainan.
Iklan
"Pemain lawan seakan sudah dapat membaca cara strategi kami," kata Anna Cheong selepas perlawanan tamat perlawanan.
Sementara itu, bagi Mei Xing dia nyata kecewa apabila gagal meloloskan diri ke pusingan separuh akhir sambil mengakui punca kekalahannya pada hari ini disebabkan dirinya terlampau banyak berfikir di dalam gelanggang.
Iklan
"Masa mereka mendahului kembali di set kedua, saya terlalu banyak berfikir. Saya sebenarnya memang mahu buat lebih baik tapi lebih banyak melakukan kesilapan.
"Saya rasa tidak puas hati dengan pencapaian ini walaupun di Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia melakukan kejutan menumpaskan pemain ranking lebih tinggi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>