'Pindah segera jika cuaca buruk'

Iklan
Hamzah (dua dari kanan) membaca doa ketika melawat lokasi kejadian di Kampung Iboi, Baling pada Jumaat.

BALING - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Iboi dinasihatkan berpindah ke penempatan sementara yang lebih selamat sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bertujuan untuk menjamin keselamatan penduduk terutamanya jika berlaku hujan pada waktu malam.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau telah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkaitan hal terbabit untuk tindakan lanjut

"Waktu malam kita terpaksa ambil mereka letak di tempat yang lebih selamat tapi untuk siang hari kalau mereka nak balik ke rumah mereka tak apa," katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan di pusat penempatan sementara (PPS) di SMK Jerai dan lokasi kejadian di sini pada Jumaat.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, lebih 700 pegawai dan anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Imigresen Malaysia telah turun ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

"Semua agensi ini dibantu oleh bomba serta Kementerian Pertahanan dan ini satu kerjasama yang baik untuk membantu masyarakat," katanya.

Iklan

Hamzah menambah, mana-mana pihak yang berhasrat menghulurkan bantuan dinasihatkan memaklumkan kepada ketua polis daerah untuk tujuan perancangan yang lebih baik dan teratur.