Duduk rumah boleh jadi sarkas?: Najib
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melahirkan rasa bimbang siaran langsung perbicaraan kesnya bakal menjadikan riuh dan kacau.
"Saya tak faham. Bagaimana pula orang duduk di rumah untuk tonton 'live' boleh menyebabkan perbicaraan mahkamah ini menjadi sarkas? Apa nak takut?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.