Kastam rampas 3,370kg daun ketum
Iklan
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan daun ketum yang dirampas di Lebuh Raya Timur-Barat, Kampung Batu Melintang, Jeli pada Khamis.
KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan pada Rabu merampas sebanyak 3,370 kilogram daun ketum bernilai RM33,700 selepas mengekori sebuah lori sejauh 50 kilometer.
Pengarah Kastam negeri, Mohd Nasir Deraman berkata, lori yang ditahan pada jam 4.30 pagi di Lebuh Raya Timur-Barat, Kampung Batu Melintang, Jeli itu dipercayai dari Perak menuju ke Rantau Panjang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori mendapati jeriji yang diubah suai dipasang bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa.
"Siasatan lanjut mendapati sebanyak 337 bungkus daun ketum memenuhi lori dua tan itu," katanya kepada pemberita di Jabatan Kastam Padang Bongor pada Khamis.
Iklan
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Aladi Riping dan Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkastaman dan CDN), Koh Joo Kai.
Mohd Nasir memberitahu, pegawai kastam turut menahan seorang pemandu lori berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.
Iklan
Katanya, modus operandi yang digunakan ialah mengangkut daun ketum dari negeri di utara itu sebelum diedar kepada pelanggan tempatan.
Tambah Mohd Nasir, Kastam Kelantan turut melaksanakan dua serbuan di Machang dan Pengkalan Chepa masing-masing pada 15 Mei dan 1 Jun lalu.
"Jumlah keseluruhan rampasan membabitkan kedua-dua lokasi bernilai RM12,175," katanya.
Mohd Nasir memberitahu, kesemua kes kini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Beliau turut memberitahu, pihaknya kini sedang mengesan pemilik daun ketum dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak kastam.
Dalam pada itu, Mohd Nasir memaklumkan, sehingga kini pihaknya belum membuat sebarang rampasan berkaitan minyak masak.
"Setakat ini belum ada kes berkaitan minyak masak," katanya.
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, atas satu pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dia yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Sedangkan katanya, hantaran di laman sosial, Facebook itu ialah berhubung pembukaan kasino yang dilaporkan beberapa media Antarabangsa.
Badrul Hisham berkata, disebabkan hantaran berkenaan, dia akan diheret ke muka pengadilan, namun berbeza dengan laporan media antarabangsa, yang tidak diusik sehingga ke hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661916/berita/semasa/chegu-bard-akan-didakwa-di-johor-bahru-esok
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #Che'gubardbergari #kualalumpur